TAHUKAH ANDA ?


  • SENTIASA BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH S.W.T
        Kita sebagai orang mukmin hendaklah sentiasa berbaik sangka kepada ALLAH s.w.t agar dengan itu akan mendapat tempat yang baik di sisinya.Rasulullah s.a.w telah mengingatkan umatnya sebelum baginda wafat melalui hadis yang di ulanginya sebanyak tiga kali yang bermaksud 

" janganlah salah seorang diantara kalian meninggal dunia kecuali berada dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah "

 Hadis Riwayat Muslim

  • MATI DALAM MENGUCAP "LA ILAAHA ILLALLAH " AKAN MASUK SYURGA
Mu'adz r.a menceritakan, Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda

"Barangsiapa yang pada akhir hayatnya mengucapkan kalimat LAA ILLAHA ILLALLAH
 maka dia akan masuk syurga"

Hadis Riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim


  • MULAKAN YANG BAIK DENGAN SEBELAH KANAN
Aisyah r.a menceritakan 

"Rasulullah s.a.w suka memulai sesuatu dengan sebelah kanan,mengambil,memberi 
dengan tangan kanan dan baginda dalam segala urusannya senang memulai dengan sebelah kanan"

Hadis Riwayat An-Nisa'i


  • SUNNAH BERKAWAN DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
Kita digalakkan berkawan dengan orang-orang soleh dan yang membuat amal kebajikan.
Dari Abu Musa r.a Nabi s.a.w bersabda

"Sesungguhnya perumpamaan teman yang soleh itu seperti pembawa minyak wangi dan teman yang jahat itu seperti tukang bakar besi.Pembawa minyak wangi kemungkinan akan merenjiskan minyak wanginya itu atau engkau membeli daripadanya atau engkau hanya dapat mencium aroma keharumanya.
Sedangkan tukang bakar besi mungkin akan membakar bajumu atau engkau akan tercium
 darinya bau yang tidak sedap"




0 Responses

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Superman